Kawasan Larangan Merokok Akan Ditambah - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 5:57 PM

S Subramaniam

Datuk Seri Dr S.Subaramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kawasan larangan merokok akan ditambah secara berperingkat sebagai satu daripada usaha untuk menjadikan Malaysia negara bebas rokok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subaramaniam.

Beliau berkata pada masa sama, kementerian secara berjadual juga akan mengurangkan jumlah tempat yang dibenarkan menjual rokok.

"Ini adalah antara dua strategi untuk mengawal dan mengurangkan jumlah perokok.

"...dan akhirnya nanti kita ada harapan untuk mengisytiharkan negara bebas daripada rokok walaupun kita tak tahu bila ia akan tercapai," katanya dalam sidang berita di sini Rabu.

Beliau berkata langkah jangka panjang lain yang akan diambil dalam merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia negara bebas rokok adalah dengan menaikkan harga serta duti bahan itu.

Pada majlis itu, Dr Subramaniam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada enam peruncit dan peniaga di Kompleks E di sini yang secara sukarela menghentikan penjualan rokok di premis masing-masing.

Sambil memuji inisiatif tersebut, beliau berharap lebih banyak peruncit dan peniaga di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini mengikut jejak sama.

Beliau berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat, adalah wajar pengukuhan larangan merokok dimulakan di kementerian tersebut.

Katanya sejak pemantauan dan penguatkuasaan larangan merokok dilaksanakan di kementerian berkenaan pada 1 Mei lalu sehingga kini, sebanyak 13 notis kesalahan dan tujuh amaran dikeluarkan.

Selain itu, semua kakitangan di kementerian yang merokok diarah mengikuti program berhenti merokok, manakala kakitangan yang tidak merokok diberi pendedahan tentang bahaya asap rokok.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan