Jamaica Akan Bantu Malaysia Capai Impian Kegemilangan Olimpik

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 12:38 PM

Muhyiddin bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Bahamas, Philip E. Brave Davis ketika melakukan lawatan rasmi ke negara itu.

(Ubah saiz teks)

NASSAU (The Bahamas): Hasrat Malaysia untuk melahirkan juara Olimpik menerima dorongan kuat Jamaica yang menawarkan diri untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibangkitkan dalam perbincangan antara beliau dan Menteri Pendidikan Jamaica Reverend Ronald Thwaites di sini pada Selasa.

"Kami menyambut baik tawaran ini kerana walaupun Jamaica sebuah negara kecil di Caribbean, ia telah melahirkan banyak juara olimpik terkemuka seperti pelari pecut Usain Bolt dan ramai lagi dalam bidang olahraga contohnya," katanya selepas perjumpaan dua hala itu yang diadakan di luar Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel ke-19 (19CCEM).

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata Malaysia berminat untuk mempelajari lebih banyak mengenai sistem pendidikan sukan di sekolah-sekolah di Jamaica.

"Melalui persefahaman dengan Jamaica ini, kita mungkin boleh belajar daripada mereka tentang bagaimana mereka mampu melahirkan jaguh-jaguh sukan antarabangsa yang hebat," kata Muhyiddin yang kemudian menghadiri perasmian persidangan itu di pusat persidangan Resort Atlantis, di Paradise Island di sini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan mengambil beberapa langkah untuk membentuk atlet muda Malaysia yang kelak akan banyak membantu usaha Kementerian Belia dan Sukan melahirkan atlet cemerlang negara.

Muhyiddin berkata meskipun tiada rangka kerjasama rasmi antara kedua-dua negara, menteri Jamaica itu telah menyatakan minat beliau untuk menjalin hubungan dengan Malaysia dalam bidang seperti pendidikan tinggi, pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan (TVET) dan program Sains, Teknokogi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).

"Mereka juga berminat untuk mengetahui lebih dekat tentang bagaimana kita melaksanakan program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah," katanya.

Dalam perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Bahamas, Philip E. Brave Davis, Muhyiddin berkata beliau mencadangkan penubuhan rangka kerja yang lebih formal untuk hubungan dua hala dalam bentuk perjanjian ekonomi dan perdagangan.

"Perkara ini akan dihalusi oleh pegawai sebelum kita menandatangani perjanjian kerjasama," kata Muhyiddin sambil menambah kata sektor swasta akan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan membabitkan kedua-dua pihak.

Antara sektor yang boleh diterokai ialah infrastruktur seperti pelabuhan, lapangan terbang, jalan selain industri pelancongan dan hospitaliti," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Malaysia bersedia menganjurkan kursus dan sesi latihan bagi para pegawai Bahamas di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Beliau turut mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Bahamas, Jerome Fitzgerald dan turut membincangkan bidang yang kemungkinan kerajaan boleh adakan kerjasama.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jamaica , Usain Bolt , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan