G18-DAP-PKR Bincang Bentuk Pakatan 2.0

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 4:30 PM

Antara pemimpin DAP, PKR dan anggota G18 yang hadir ke majlis berbuka puasa di kediaman Kamaruddin pada Selasa malam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sedia membentuk Pakatan Rakyat 2.0 bersama kumpulan progresif dalam PAS yang dikenali sebagai G18.

Penolong Setiausaha G18, Suhaizan Kayat mengakui, kumpulan itu sudah mengadakan perbincangan tidak formal dengan DAP dan PKR berhubung hala tuju mereka khususnya dalam membentuk pakatan pembangkang baharu.

"Kita bincang dengan DAP dan PKR tentang matlamat kami dan Alhamdulillah mereka menyambut baik idea G18.

"Kami nyatakan kepada DAP dan PKR bahawa G18 akan membawa wadah politik baharu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Suhaizan yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat pada pemilihan parti itu awal bulan lalu mengakui perbincangan berkenaan dibuat pada majlis berbuka puasa di kediaman Ahli Parlimen PAS dari Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Beberapa keping gambar menunjukkan pimpinan DAP, PKR dan pemimpin progresif PAS yang tewas dimuat naik di laman Facebook milik Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok.

Gambar-gambar berkenaan memperlihatkan suasana ceria di kalangan mereka yang hadir.

Antara yang dilihat hadir selain Terese ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Mohd Ramli dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sementara kepimpinan PKR diwakili dua naib presidennya, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Syed Husin Ali.

"Saya rasa gembira dan hairan dapat bertemu dengan begitu ramai kawan-kawan progresif PAS dari beberapa negeri yang luar dari Selangor, seperti Salahuddin, Suhaizan, Aisyah, Mujahid, Dr Hatta dan lain-lain.

"Saya kata dengan mereka ini pertama kali saya lihat pemimpin progresif dalam PAS begitu bersatu padu," tulis Teresa di Facebook.

Selain itu, beliau yakin pembangkang akan kembali pulih untuk memberi harapan baharu kepada rakyat.

"Walaupun saya tidak ada masa untuk bercakap panjang dengan rakan-rakan daripada PAS berkenaan dengan rancangan mereka kerana mereka perlu bersembahyang dan perlu ke program lain, tetapi saya teruja melihat rakan-rakan daripada ketiga-tiga parti ini dapat bertemu bersama.

Walaupun keputusan Muktamar PAS untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat, tetapi malam ini nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0," katanya.

Tags / Kata Kunci: G18 , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan