Bekas Pelarian Cam Terkenang Kekejaman Komunis, Syukur Pilih Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Berita penemuan sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 mayat pelarian Rohingya di Padang Besar baru-baru ini membuatkan Halimah Muhammad, menitiskan air mata.

Halimah, antara beratus ribu pelarian kaum Cam atau lebih dikenali sebagai masyarakat Islam Kemboja yang mendapat perlindungan kerajaan Malaysia pada 1989 dan akhirnya menetap di sini.

Ibu kepada enam anak itu berkata, penyeksaan hidup yang dilalui pelarian Rohingya mengingatkannya dengan tragedi lampau semasa pergolakan politik rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada 1975.

"Saya menangis apabila tengok berita mengenai nasib orang Rohingya yang hanyut di dalam bot di tengah laut.

"Tapi paling menyentuh hati saya, apabila ada mayat dipercayai milik orang Rohingya ditemui ditanam dalam sebuah kubur besar di sempadan negara," katanya ketika ditemui mStar Online di penempatan masyarakat Kemboja di Merbau Sempak, di sini, baru-baru ini.

Wanita berusia 60 tahun ini berkata, walaupun mereka bukan sebangsa, tapi nasib yang dilalui pelarian tersebut seolah-olah sama seperti yang dialami kaum Cam suatu ketika dahulu.

"Kesengsaraan hidup orang Rohingya jauh lebih teruk daripada yang pernah kami lalui dahulu. Namun, kesannya sama. Ia pengalaman yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila," katanya.

Mengimbau kembali detik hitam kira-kira 40 tahun dahulu, Halimah berkata, pemerintahan rejim komunis Pol-Pot sekitar tahun 1975 hingga 1979 ibarat mimpi negeri kepada umat Islam Melayu-Champa di Kemboja pada waktu itu."Empat tahun bagaikan hidup di dalam neraka. Kami diseksa dan dipaksa bekerja seperti hamba. Jika tidak ikut arahan kami akan dibunuh.

Salah satu gambar semasa Hamidah bersama pelarian lain di sebuah kem khas di Cherating.

"Kami juga tidak dibenarkan solat, kalau nak solat kena sorok-sorok. Al-Quran pun kena sembunyi dekat tempat tinggi. Kalau mereka (komunis) nampak, kami akan dipukul guna senapang sampai mati," katanya.

Malah, Hamidah berkata, keturunan Cam, terutamanya yang beragama Islam juga dibiarkan kelaparan selepas tenaga mereka dikerah habis-habisan di sawah padi.

"Kami kena buat semua kerja, bermula dari semai benih padi, bajak dan kemudian tuai. Kalau ada di antara kami tak tahu jaga lembu, kami akan dibunuh. Kami semua takut. Rejim komunis pada waktu itu kejam," katanya mengimbau kenangan pahit itu.

Beliau berkata, pernah suatu ketika dia terpaksa mengambil kulit pisang yang dibuang tanpa pengetahuan askar komunis Phnom Penh untuk diberikan kepada tiga anaknya yang masih kecil.

"Mereka (askar komunis) buang kulit pisang dan saya kutip, tapi kalau ada orang nampak kita buat begitu, kita kena bunuh. Jadi saya terpaksa kutip secara sembunyi untuk bagi alas perut anak," katanya.

Kekejaman rejim pemerintah pada waktu itu membuatkan Halimah bersama suami,  Abdullah Abu Bakar, 60 dan tiga anaknya yang masih kecil memutuskan untuk berhijrah 26 tahun lalu.

Mereka bersama anak sulung, Idris yang ketika itu berusia enam tahun, serta dua adiknya yang baru berusia lima dan empat tahun iaitu Basri dan Rusda keluar dari Kampung Chruiychangwa, sebuah perkampungan kecil di Phnom Penh untuk memulakan kehidupan baharu.

Tiga lagi anak pasangan Halimah dan Abdullah yang kini meneruskan kehidupan di sini adalah Farabi Abdullah, 28; Siti Shuad Abdullah, 26; Nur Baizura Abdullah, 24.

Katanya, mereka memilih untuk mendapatkan perlindungan di Malaysia pada 1989 kerana yakin nasib mereka sekeluarga lebih terbela.

"Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keselamatan kami lebih terjamin kerana percaya Malaysia akan membela nasib saudara sesama Islam," katanya.

Namun, beliau bersyukur kerana nasib mereka sekeluarga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan masa depan pelarian Rohingya yang kini berada di beberapa pusat tahanan di utara tanah air.

"Walaupun kami dihina dan diseksa di negara sendiri, saya bersyukur kerana diberikan kehidupan yang lebih baik di sini," katanya.



Tags / Kata Kunci: Rohingya , Pol-Pot , Kemboja , Merbau Sempak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan