Anggota APMM Berpuasa, Bermuka Di Lautan Demi Keselamatan Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 7:30 AM

Demi menjaga keselamatan perairan negara, menjalani ibadah puasa dalam keadaan panas terik dan berbuka puasa di lautan sudah menjadi rutin bagi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5) di sini setiap kali Ramadan.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Demi menjaga keselamatan erairan negara, menjalani ibadah puasa dalam keadaan panas terik dan berbuka puasa di lautan sudah menjadi rutin bagi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5) di sini setiap kali tiba Ramadan.

Bagi anggota APMM Mohd Adzhar Mohd Nor, 49; Saharay Mujid, 28; dan Shahrizam Md Shah, 37, kedatangan bulan Ramadan tidak menggugat semangat mereka walaupun menjalani ibadah puasa di tengah-tengah lautan.

Mohd Adzhar berkata tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara mengatasi segalanya dan cabaran berpuasa di lautan adalah pengorbanan diri dan rakannya demi memastikan Malaysia kekal aman.

Mohd Adzhar menggalas tugas sebagai ketua bot yang berperanan penting memberi arahan kepada kru dan sebagainya.

"Selama sembilan tahun berkhidmat dalam APMM memberikan banyak pengalaman terutama ketika Ramadan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa menjalankan operasi," katanya. Beliau juga pernah berkhidmat selama 17 tahun dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bagi Saharay pula yang masih bujang, kerinduan menjalani ibadah puasa bersama keluarganya di Labuan, Sabah tetap terasa.

Katanya, selama hampir enam tahun berkhidmat dalam APMM, suasana berpuasa dan berbuka dirasakan amat berbeza, namun ia adalah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan kerana bukan semua kerjaya perlu menghadapi cabaran tugas seperti itu.

"Ibu bapa dan ahli keluarga memahami tugas saya kerana kerjaya dalam APMM adalah pilihan saya sendiri dan saya rela sekiranya perlu korbankan Ramadan dan sambutan Aidilfitri untuk menjalankan tugas di sini.

"Sekarang teknologi semakin canggih...saya sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan ibu bapa bagi mengubat rindu terhadap mereka," katanya.

Shahrizam pula pernah melalui hari bertugas tanpa sempat bersahur bagi menumpaskan kegiatan jenayah di lautan apabila menerima maklumat tentang kegiatan penyeludupan pada tengah malam.

"Kami perlu mengejar bot penyeludup selama beberapa jam sebelum mereka tumpas. Kadang-kadang berlarutan hingga ke siang sehingga tidak sempat bersahur namun ibadah puasa tetap dijalankan," katanya yang sudah berkhidmat dalam APMM selama sembilan tahun.

Sementara itu, Pengarah Operasi DM5 Komander Maritim V Pannir Selvan Veloo berkata rondaan dan operasi penguatkuasaan sentiasa dijalankan APMM walaupun pada bulan Ramadan melibatkan kawasan pantai di perairan Selat Melaka sepanjang 120 kilometer.

"Kebiasaannya anggota dan pegawai yang bertugas akan bersiap sedia dengan bekalan ringkas sebelum turun ke laut dan berbuka puasa biarpun tidak semewah orang lain yang berbuka puasa dalam suasana selesa sebaliknya memadai untuk alas perut.

"Kadangkala situasi yang dihadapi mengekang masa untuk mereka berbuka puasa sekira terdapat maklumat mengenai penyeludupan selain menghadapi cabaran faktor cuaca malah tiada istilah pulang ke jeti pangkalan untuk berbuka puasa," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , APMM , Kuala Linggi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan