Pemilihan Semula Akan Jadikan MIC Lebih Stabil - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 8:23 PM

S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pemilihan semula parti seperti dicadangkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan membolehkan MIC menjadi lebih stabil dan berfungsi lebih baik.

Beliau berkata, pencalonan bagi ketua-ketua cawangan akan diadakan pada 10,11 dan 12 Julai diikuti pemilihan cawangan, seminggu kemudian.

Diharapkan apabila pemilihan semula selesai, krisis dalaman MIC yang telah berlarutan hampir setahun akan selesai, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Mengenai status keanggotaan presiden parti Datuk Seri G. Palanivel, Dr Subramaniam berkata, mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC, mana-mana anggota dilarang membawa perkara-perkara berkaitan parti ke mahkamah tanpa kelulusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Langkah Palanivel mengambil tindakan undang-undang terhadap arahan RoS, tanpa merujuk kepada CWC adalah melanggar perlembagaan parti, katanya. 

Ketika diminta mengulas pertemuan antara Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, Subramaniam berkata, beliau tidak tahu apa yang telah dibincangkan antara mereka.

"Saya tidak dimaklumkan ... untuk berlaku adil kepada perdana menteri, saya tidak mahu mengheret beliau ke dalam perkara ini.

"Ini merupakan soal dalaman parti dan saya fikir kami mampu menyelesaikannya sendiri," katanya.

Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan RoS supaya MIC mengadakan pemilihan semua di semua peringkat (cawangan dan bahagian), termasuk jawatan presiden.

Tags / Kata Kunci: S. Subramaniam , MIC

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan