Palanivel Jumpa Najib Mengenai Isu MIC

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 9:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Selasa.

Seorang pembantu kepada Palanivel yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengesahkan mengenai pertemuan itu yang berlangsung kira-kira pukul 9 pagi di pejabat perdana menteri.

Bagaimanapun, butiran mengenai apa yang dibincangkan semasa pertemuan itu tidak diumumkan.

Pertemuan itu diadakan beberapa hari selepas Najib melalui laman twitter menyatakan beliau akan memanggil Palanivel untuk memintanya menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh presiden MIC itu semasa perhimpunan khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Palanivel dilaporkan memberitahu beribu-ribu penyokongnya pada perhimpunan khas itu pada Sabtu bahawa Najib dan Barisan Nasional "terlibat mendesak MIC untuk menolak keputusan pemilihan parti pada 2013".

Tags / Kata Kunci: Palanivel , MIC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan