JPA Tubuh 5 Jawatankuasa Siasat Sembilan Teguran Hukuman Libat Dua Kementerian

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 11:33 PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama (dari kiri), Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri Dua pada Majlis Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara di Jabatan Perkhidmatan Awam pada Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan lima Jawatankuasa Siasatan (JKS) secara proaktif bagi menyiasat sembilan teguran hukuman Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2014 Siri 2 melibatkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam sesi bersama media mengenai tindakan susulan LKAN itu di sini Selasa berkata, terdapat lapan teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan manakala satu bagi Jabatan Perdana Menteri.

Antara kes yang mendapat teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan ialah pengurusan penyenggaraan bangunan dan fasiliti di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah dan perolehan peralatan ICT di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Satu teguran hukuman yang melibatkan agensi di bawah JPM adalah pengurusan penyenggaraan kapal/bot di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.

Ali berkata, Jawatankuasa Siasatan mendapati dua teguran hukuman melibatkan kerugian di pihak kerajaan berjumlah RM166,259 manakala teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan-kesalahan tersebut adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan.

"Jawatankuasa Siasatan juga telah mengenal pasti 18 pegawai bagi diperakukan tindakan tatatertib," katanya.

Ali berkata, lapan teguran hukuman melibatkan Badan Berkanun/Syarikat Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

"Jabatan Audit Negara telah mengarahkan agensi terbabit menjalankan siasatan dan mengemukakan siasatan selewat-lewatnya pada 12 Julai ini," katanya.

Ali berkata, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 yang dibentangkan pada 15 Jun terdapat 635 teguran iaitu 17 teguran hukuman dan 618 teguran pembetulan.

Teguran hukuman melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas manakala teguran pembetulan menjurus kepada penambahbaikan sistem dan prosedur dalaman, katanya.

Daripada 618 teguran pembetulan, katanya, 303 teguran atau 49 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.

Katanya, 315 teguran atau 51 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran ini melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.

"Status tindakan ini dipantau melalui Dashboard Jabatan Audit negara," katanya.

Ali berkata, kementerian telah bertindak lebih proaktif bermula seawal peringkat 'Exit Conference' dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan, mengambil tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan prosedur.

Melalui usaha-usaha ini, beliau berkata, tahap kesedaran dan komitmen di kalangan pegawai awam berhubung Laporan Ketua Audit Negara telah meningkat ke tahap yang lebih baik.

"Sejumlah 17 teguran hukuman merupakan antara terkecil dan ia melibatkan dua kementerian sahaja," katanya.

Mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1, Ali berkata, kesemua enam teguran hukuman telah selesai disiasat.

Beliau berkata, daripada 313 teguran pembetulan dalam laporan, 136 teguran atau 43.45 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.

Sehingga 22 Jun, katanya, 177 teguran atau 56.55 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran tersebut melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan