Gunung Kinabalu 'Berparut', Hilang 'Halo'

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 1:04 PM

Lihatlah 'wajah' Gunung Kinabalu yang dipenuhi dengan kesan 'parut luka' akibat tanah dan bongkah batu yang runtuh ekoran kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi mereka yang sentiasa kagum dengan keindahan Gunung Kinabalu yang memukau pandangan.

Gunung ini seolah-olah telah hilang 'halo' (lingkaran cahaya suci) selepas dilanda gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun.

Bahagian timur dan barat gunung ini telah meninggalkan kesan teruk seolah-olah kesan parut ekoran kejadian tanah runtuh dan bongkah batu yang jatuh selepas gempa bumi tersebut.

Kejadian ini nampaknya telah 'merampas' keindahan alam semula jadi di gunung ini yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

"Macam kena calar," kata Emily Joseph, yang berasal dari Kampung Bundu Tuhan di kaki Gunung Kinabalu.

Joseph, yang tinggal di sekitar gunung itu berkata mereka sedih melihat gunung tanpa kehijauan dan permukaan granitnya.

"Saya berharap gunung ini mampu pulih kembali seperti sediakala," kata Joseph, penjaja sayur-sayuran Kadazandusun.

Penyelaras Majlis Penasihat Gunung Kinabalu, Johnny Ghani berkata, ini adalah masa yang menyedihkan bagi penduduk sekitar untuk melihat gunung mereka yang dianggap suci musnah dengan cara seperti ini.

"Saya hanya berharap keadaan akan bertambah baik bermula dari sekarang," katanya.

Gempa bumi itu melanda bahagian barat Gunung Kinabalu, membunuh 18 pendaki dan malim gunung, manakala batu-batu besar runtuh, memusnahkan sekurang-kurangnya tiga buah rumah rehat di laluan untuk sampai ke puncak.

Salah satu Telinga Keldai di puncak yang menjadi ikon kepada Gunung Kinabalu telah patah dan musnah sama sekali.

Gunung itu sekali lagi dilanda gempa susulan kuat berukuran 5.1 magnitud pada 12 Jun.

Hujan lebat kemudian telah sekali lagi meruntuhkan batu-batu dan menyebabkan pokok-pokok tumbang akibat banjir lumpur.

Beratus-ratus penduduk kampung di kaki gunung berkenaan di bahagian timur dan barat terpaksa dipindahkan.

Bagaimanapun cuaca bertambah baik sejak beberapa hari lalu, membuatkan penduduk kampung berada di tahap tenang dan kembali ke rumah mereka.

Namun, pihak berkuasa tetap berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memindahkan mereka sekiranya berlaku hujan lebat yang boleh mencetuskan lebih banyak aliran lumpur dan runtuhan batu.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan