Gangguan Bekalan Air Di PJ Malam Ini Dan 30 Jun

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Seksyen 14 dan 22 Petaling Jaya akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air Selasa malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan akan berlaku dari pukul 9 malam hingga pukul 3 pagi Rabu.

Menurut Syabas, gangguan bekalan air itu berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air , iaitu pengaktifan Zon 'Air Scouring', untuk program peningkatan kualiti air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya.

Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan 51/227; Jalan 51/227A hingga Jalan 51/227C; Jalan 14/47 hingga Jalan 14/62; Jalan 14/64; Jalan 22/32, Jalan 22/34, 22/34A,22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57.

Sementara itu pada 30 Jun, gangguan bekalan air akan melibatkan kawasan sekitar SS 2, Petaling Jaya berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air juga.

Kawasan yang terlibat ialah SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A, SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A, SS 2/16 hingga SS 2/21, SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45.

Syabas menasihatkan para pengguna supaya membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS atau melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: air , Petaling Jaya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan