Anjung Kasih Di Semua Hospital Menjelang RMK11 - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 6:00 PM

Shahrizat bergambar bersama-sama kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) selepas menyampaikan sumbangan raya kepada mereka yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di IJN, Selasa. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Dr Mohd Azhari Yakub (enam,kanan, berdiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anjung Kasih perlu disediakan di setiap hospital di seluruh negara menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11, kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) itu berkata, Kementerian Kesihatan perlu menyediakan ruang berkenaan untuk kemudahan keluarga pesakit.

"Anjung Kasih adalah perjuangan YKN dan setakat ini kita mempunyai lapan Anjung Kasih di seluruh negara di mana tiga daripadanya membabitkan dana yayasan," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper sempena Aidilfitri kepada pegawai serta kakitangan Insititut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Shahrizat berkata, Anjung Kasih bertujuan menempatkan percuma keluarga pesakit yang kurang berkemampuan serta mengelakkan ahli keluarga bermalam di sekitar hospital.

"Keluarga pesakit yang menetap di Anjung Kasih YKN tidak dikenakan bayaran dan mereka dibenarkan menetap selama dua minggu tetapi ada juga yang menetap lebih daripada tempoh tersebut.

"Setakat ini terdapat lebih kurang 2,500 keluarga yang telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan jadi saya berharap agar Anjung Kasih ini menjadi elemen utama dalam setiap hospital yang dibina kerajaan," katanya.

Selain itu, 500 pegawai dan kakitangan lima hospital serta pusat perubatan universiti terpilih menerima sumbangan hamper Aidilfitri sebagai tanda keprihatinan YKN di atas jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas pada musim perayaan.

"Program Selami Kasih merupakan program tradisi YKN yang diadakan setiap tahun untuk memberi sumbangan kepada pegawai serta kakitangan di beberapa hospital dan pusat perubatan," katanya.

Selain IJN, pihak YKN turut mengagihkan sumbangan hamper kepada petugas Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya serta Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan