TH Keluarkan Surat Jadual Penerbangan Haji Akhir Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat jadual penerbangan secara berperingkat kepada 22,320 bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, mulai akhir Ramadan.

Pengurus Besar Kanan (Haji) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata mereka yang menerima surat berkenaan boleh membuat persediaan secukupnya  sama ada dari segi mental, fizikal, kerohanian dan ilmu.

"Penerbangan pertama berlepas dari Malaysia ke tanah suci ialah pada 16 Ogos dan seterusnya penerbangan yang akhir ialah pada 16 Sept. Kita dijangka menjalani Hari Wukuf pada 22 Sept dan seterusnya penerbangan pertama balik ke Malaysia ialah pada 29 Sept dan penerbangan terakhir pada 28 Okt," katanya dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, Isnin.

Justeru, beliau menasihatkan bakal jemaah haji agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari TH.

Katanya, TH akan terus mengingatkan bakal haji melalui penghantaran 'SMS blast' dan panggilan telefon yang dibuat melalui 'TH Contact Centre' dan pejabat TH negeri.

Syed Saleh berkata sebanyak 1,500 petugas iaitu 250 orang dari TH dan 1,250 orang dari agensi kerajaan akan terlibat dengan operasi haji di tanah air di tujuh stesen berlepas.

Katanya, operasi di tanah suci pula melibatkan 600 petugas dengan 250 orang ialah petugas rombongan perubatan dan 350 orang adalah petugas rombongan kebajikan (petugas TH).

"Di samping itu, untuk operasi haji di tanah suci, kita juga mengambil 200 orang petugas penduduk tempatan. Jadi, operasi di tanah suci adalah seramai 800 orang keseluruhannya," katanya.

Mengenai persiapan menghadapi musim haji tahun ini, beliau berkata daripada perbincangan dan perjumpaan dengan pihak berkuasa Arab Saudi, pihaknya mendapati kesemua badan, agensi serta kementerian haji termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan Arab Saudi turut memberi sokongan dan kerjasama amat baik kepada pengurusan TH untuk operasi haji.

"Ini termasuk Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur yang telah memberi kerjasama dalam kita menyediakan sistem visa haji pada masa yang ditetapkan.

"Dengan adanya kerjasama rapat ini, kita dapat sekali lagi menjalankan operasi haji musim ini dengan jayanya," katanya.

Tags / Kata Kunci: TH , Haji

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan