Guru Didakwa Suruh Murid Bukan Islam Minum Air Kencing Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang guru sekolah rendah di sini didakwa memberitahu murid bukan Islam boleh meminum air kencing mereka sendiri sekiranya tidak mempunyai air minuman.

Guru lelaki yang bertanggungjawab dari segi hal ehwal murid dikatakan berkata demikian kepada murid bukan Islam supaua hanya boleh minum di tandas dan bukan di dalam kelas semasa bulan puasa.

Dia bagaimanapun dilaporkan bertindak keterlaluan dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak membawa air minuman boleh meminum air dari paip atau jika tidak, menggunakan air kencing mereka sendiri.

Guru berkenaan yang dipercayai dalam lingkuan usia 50-an didakwa membuat kenyataan itu dalam satu perhimpunan pada Ahad.

Satu surat aduan mengenai insiden telah tersebar di media sosial.

Kenyataan yang dikeluarkan guru tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang tampil je sekolah bagi menuntut penjelasan daripada pihak sekolah pada pagi Isnin.

Sekurang-kurangnya 30 ibu bapa membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Kedah berhubung perkara itu.

Seorang ahli perniagaan, Jaya Sharma Gopal KR, 37, berkata, dia tidak boleh menerima tindakan guru yang membuat kenyataan tidak sensitif.

Dia pada mulanya meragui mengenai kesahihan surat tersebut tetapi kemudian mempercayainya apabila dua guru sekolah mengesahkan insiden itu.

"Bagaimana dia boleh meminta murid-murid minum air kencing mereka sendiri? Ini adalah tidak wajar," katanya ketika ditemui di luar sekolah pada Isnin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dalam satu kenyataan di Facebook berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Kedah memulakan siasatan.

"Mereka kini sedang melakukannya dan kita tunggu keputusannya. Guru akan dikenakan tindakan tegas kerana melanggar peraturan kementerian sekiranya aduan tersebut didapati benar," katanya. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan