Hampir 25,000 Individu Usia Bawah 35 Tahun Muflis

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 8:36 AM

Orang ramai boleh mendapat khidmat kaunseling dan pengurusan kewangan di AKPK.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir 25,000 rakyat Malaysia dari generasi Y iaitu yang berusia 35 tahun ke bawah diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.

Punca utama kebankrapan mereka adalah kerana tidak berupaya untuk membayar pinjaman kereta, rumah dan peribadi atau menjadi penjamin kepada peminjam lain.

Menurut data Jabatan Insolvensi, seramai 24,953 orang berusia 35 ke bawah diisytiharkan muflis sejak 2010.

Sebanyak 107,306 kes kebankrapan direkodkan antara Januari dan April tahun ini, dengan 948 orang adalah mereka berusia 35 ke bawah.

Akta Kebankrapan menyatakan bahawa seseorang itu boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia gagal melunaskan hutang minimum RM30,000.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (Fomca) menggesa supaya dasar kewangan pendidikan perlu diwujudkan bagi menangani masalah kebankrapan di kalangan golongan muda.

"Ia merupakan satu masalah yang serius kerana mereka yang berhadapan dengan keadaan itu adalah pekerja muda yang merupakan masa depan negara," kata Setiausaha Agung Fomca, Paul Selvaraj.

Selvaraj berkata, berdasarkan tinjauan Fomca terhadap 1,000 responden pada 2013, 37 peratus golonga muda Malaysia hidup di luar kemampuan mereka mankala 47 peratus menggunakan lebih dua pertiga daripada pendapatan bulanan mereka untuk membayar hutang.

Beliau berkata, kenaikan kos sara hidup, kenaikan pendapatan secara sederhana dan simpanan persaraan rendah hanya akan memburukkan lagi keadaan sekiranya isu tersebut tidak ditangani segera.

"Kita mengadakan beberapa program kesederaan malah menerbitkan majalah bulanan iaitu Ringgit yang diperuntukkan di bawah Bank Negara untuk membantu menangani masalah itu," katanya.

Selvaraj berkata, Fomca sedang mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan dan telah memulakan satu lagi kaji selidik untuk mengukur sejauh mana tahap masalah itu.

Beliau menambah, penemuan dan cadangan tersebut akan dikemukakan kepada kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Antara yang terlibat dalam kaji selidik itu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), badan bukan kerajaan (NGO), institusi kewangan dan syarikat insurans.

AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara pada 2006 untuk menyediakan khidmat kaunseling, pengurusan hutang dan pendidikan kewangan bagi membantu individu untuk mengawal perihal kewangan mereka.

Tags / Kata Kunci: muflis , kebankrapan , Fomca , AKPK

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan