Sabah Cari Kaedah Kurangkan Kesan Gempa Bumi Di Masa Depan

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 11:43 PM

musa aman

Musa Aman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memohon bantuan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan khidmat ahli geologi dan pakar gempa bumi untuk mengkaji serta melaksanakan kaedah bagi mengurangkan kesan gempa bumi di negeri ini pada masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata semua jabatan yang berkaitan perlu memandang serius kegiatan seismos besar yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

"Kita tidak boleh berpuas hati. Kita mesti proaktif dan mengambil langkah bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda sekiranya insiden (gempa bumi) ini berulang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat oleh ahli geologi Sabah Prof Felix Tongkul berhubung gempa bumi di negeri ini pada 5 Jun lepas, di Sri Gaya pada Isnin.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Rodzi Md Saad turut hadir pada taklimat itu.

Musa mahu semua jabatan dan agensi persekutuan serta negeri memantau dan mengendalikan kesan akibat aktiviti banjir lumpur, tanah runtuh dan banjir di kawasan Kundasang serta Ranau berikutan kejadian gempa bumi itu.

Beliau berkata badan persekutuan seperti Majlis Keselamatan Negara sentiasa membantu kerajaan negeri ketika berdepan krisis atau kesukaran dan beliau berharap kerjasama itu diteruskan dalam perancangan serta pelaksanaan langkah dalam menangani bencana alam pula.

Lapan belas orang, terdiri daripada pendaki Gunung Kinabalu dan malim gunung, terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada Skala Richter yang berlaku pada 5 Jun lepas.

Tags / Kata Kunci: Musa Aman , gempa bumi , Sabah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan