Baju Raya Istimewa Buat Penyokong JDT

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Makan, tidur, bola dan pakai untuk Hari Raya. Penyokong tegar pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh bergaya pada Hari Raya ini dengan membeli baju bertemakan JDT.

Pemilik butik Benang, Siti Balkis Abdul Moez berkata, ramai orang Johor membeli pakaian berwarna merah dan biru diraja untuk musim perayaan.

"Bukan sahaja lelaki tetapi wanita juga mahu bergaya dengan inspirasi JDT sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak kegemaran mereka," katanya dalam satu temuramah di butiknya di Plaza Pelangi di sini.

Siti Balkis yang baharu sahaja melancarkan dua rekaan baharu blaus berinspirasikan JDT dan jubah (pakaian wanita Muslimah) berkata, beliau menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan.

"Sebagai rakyat johor, saya mengambil keputusan untuk mereka baju bertemakan JDT bagi menunjukkan cinta dan sokongan saya kepada pasukan, dan saya tahu ramai wanita berkongsi minat yang sama.

"Segelintir wanita pada mulanya ragu-ragu untuk memakai pakaian yang berwarna terang. Tetapi mereka menyedari ia menarik selepas mencubanya," tambahnya.

Siti Balkis berkata, blaus dan jubah menggunakan 100 peratus kain kapas masing-masing berharga RM899 dan RM269, tidak termasuk diskaun sehingga 25 peratus sempena musim perayaan.

Pengurus bahagian fabrik eksklusif Jakel, Mohd Nasir Kassim berkata, baju Melayu JDT turut menjadi perhatian di kalangan pembeli lelaki.

"Kebanyakan mereka merupakan peminat setia pasukan ini. Mereka sanggup berbelanja sehingga RM699 hanya untuk berbaju Melayu warna merah dan biru diraja," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu memutuskan untuk mereka lebih banyak pakaian tradisional berinspirasikan JDT pada harga yang lebih berpatutan iaitu RM199 bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Kita merancang untuk melancarkan baju Melayu teluk belanga dengan rekaan warna JDT," katanya.

Selain warna merah dan biru diraja, katanya, pelancaran itu turut menyaksikan rekaan hitam dan emas, yang merujuk kepada warna jersi baharu JDT.

Tags / Kata Kunci: JDT

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan