Gempa Bumi Ranau: Bangunan Sekolah Dikosongkan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 3:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

RANAU: Sebuah bangunan dua tingkat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pei Wen di sini dikosongkan berikutan berlaku kerosakan akibat gempa bumi.

Bangunan itu menempatkan enam buah kelas, bilik komputer, bilik sains dan pejabat pentadbiran sekolah.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip berkata arahan itu dikeluarkan selepas bangunan berkenaan didapati tidak selamat diduduki berdasarkan laporan Unit Forensik Jabatan Kerja Raya.

"Sebanyak tiga buah khemah didirikan untuk dijadikan kelas sebelum pembinaan bangunan kelas sementara disiapkan dalam tempoh dua bulan," katanya ketika ditemui selepas melawat sekolah itu di sini, Ahad.

Beliau berkata sesi persekolahan di sekolah yang mempunyai 410 murid itu berjalan seperti biasa bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas akibat kerosakan itu.

Sejak kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas, Jame berkata pihaknya menerima laporan sebanyak 60 sekolah di tujuh daerah iaitu Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Nabawan dan Tambunan mengalami kerosakan akibat bencana itu.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya empat sekolah mengalami kerosakan kritikal iaitu tiga di Ranau dan sebuah di Kota Belud membabitkan bangunan kelas dan kuaters guru.

Dalam pada itu, Jame berkata khidmat kaunseling dari jabatannya dan Kementerian Pelajaran akan dihantar bagi memberi bimbingan kepada guru yang mengalami trauma akibat gempa bumi.

Beliau berkata ramai guru yang ditemui khususnya yang bertugas di sekitar Kundasang dan Ranau masih trauma dengan kejadian gempa bumi dan banjir lumpur.

Tags / Kata Kunci: Ranau , Gempa Bumi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan