Rumah Transit Mangsa Banjir Dinaik Taraf Sebagai Rumah Kekal

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan persekutuan akan menaik taraf lebih 500 buah rumah transit yang disediakan untuk mangsa banjir di negeri ini kepada rumah kekal, kata Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata rumah transit itu yang dilengkapi dengan satu atau dua bilik tidur dan satu bilik air, dibina oleh pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kita akan tambah bilik tidur supaya menjadi tiga bilik dan dua bilik air iaitu sama dengan rumah kekal yang dibina kerajaan," katanya pada sidang akhbar berkaitan perkembangan pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir di Kelantan di sini, Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata walaupun pembinaan rumah transit itu tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan kerajaan, kebanyakan rumah yang dibina adalah kukuh.

Katanya bencana banjir yang berlaku Disember tahun lepas menyebabkan sebanyak 1,827 buah rumah musnah dan kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri sedang membina rumah kekal untuk mangsa terbabit.

"Jumlah rumah kekal yang sudah siap dan yang sedang dalam pembinaan, kita akan umumkan dalam tempoh terdekat supaya seluruh rakyat tahu langkah yang sedang diambil kerajaan untuk membantu mangsa banjir," katanya.

Ditanya mengenai 43 keluarga yang masih tinggal di dalam khemah di penempatan sementara Bandar Utama, Gua Musang, Mustapa berkata mereka perlu berpindah segera ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang untuk keselesaan sementara menunggu rumah kekal siap dibina.

Beliau berkata pihak kerajaan telah berbincang dengan penduduk terbabit supaya segera berpindah, dan bersedia memenuhi permintaan seperti menyediakan bas untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah.

Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36.3 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd bagi membaik pulih loji dan paip air yang rosak akibat banjir.

Tambahnya, kerajaan persekutuan juga telah meluluskan sebanyak RM19 juta kepada majlis-majlis daerah bagi membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana alam itu. 

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan