Petempatan Sementara Mangsa Kebakaran Semporna Dibina Minggu Depan - Shafie

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Petempatan sementara untuk 2,883 orang mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di sini Mac lalu akan dibina minggu hadapan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata penempatan sementara yang menelan belanja kira-kira RM1 juta itu akan menjadi tempat tinggal kesemua mangsa sementara menunggu penempatan kekal dibina bagi mereka.

"Kita telah menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Negara untuk pembinaan penempatan itu dan ia akan dibina minggu hadapan di tapak yang telah disediakan di kampung itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 300 orang fakir miskin dan ibu tunggal di sini Ahad.

Pada 25 Mac lalu, sebanyak 233 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air itu dan kira-kira dua minggu selepas itu satu lagi kebakaran memusnahkan lebih 50 rumah di perkampungan yang sama.

Sementara itu Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno menyelar tindakan pihak yang mahu merobohkan papan tanda di bangunan Umno negeri di George Town, Pulau Pinang kerana ia boleh menimbulkan kebencian sesama rakyat.

"Perbuatan seperti itu perlu dielakkan kerana ia berupaya merosakkan sistem demokrasi negara, sekali gus memecah belahkan perpaduan rakyat," katanya.

    -- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Shafie

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan