Isu Papan Tanda Umno Perlu Selesai Ikut Undang-Undang - Tengku Adnan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 6:10 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu papan tanda UMNO yang dipasang di ibu pejabat parti itu di Pulau Pinang, yang diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Jumaat perlu diselesaikan mengikut undang-undang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.  

"Kita negara yang berundang-undang, tidak kira UMNO atau DAP, macam mana sekalipun kita mesti patuh kepada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita. 

"Jadi kalau dia (UMNO atau DAP) tidak ikut syarat tindakan akan dikenakan oleh pihak berwajib," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Ramadan al-Mubarak Peringkat Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Negara, di sini Ahad. 

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata sekiranya perkara itu berlaku di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan, pihaknya akan meminta pemilik premis atau papan tanda untuk membuat permohonan memasang papan tanda. 

Katanya, sekiranya permohonan tidak berjaya maka pemilik papan tanda akan diberi masa dua minggu untuk menurunkannya. 

Namun, Tengku Adnan menjelaskan pihaknya tidak mengetahui keadaan sebenar di Pulau Pinang dan tidak pasti sama ada UMNO Pulau Pinang telah meminta kebenaran untuk memasang papan tanda berkenaan. 

"Di Kuala Lumpur, kami akan ambil tindakan kalau dia tak ikut syarat. Saya percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain pun akan melaksanakan apa yang telah dilaksanakan oleh PBT Pulau Pinang (kalau tidak mengikuti syarat)," katanya.

Dilapor, penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas cuba merobohkan struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.  

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan , Umno

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan