Berhenti Salahkan Orang Lain - Tegur Najib Kepada Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel kerana telah memutar-belitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau akan memanggil Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Sabtu.

"Saya akan panggil Palanivel untuk memberi penjelasan berhubung komen beliau di PWTC seperti yang telah dilaporkan. Beliau sepatutnya berhenti menyalahkan orang lain and  perlu mematuhi keputusan mahkamah  and  RoS (Pendaftar Pertubuhan)," katanya dalam Twitter beliau pada Ahad.

Pada perhimpunan semalam, Palanivel dalam ucapannya berkata parti itu dipaksa mengadakan pemilihan semula berikutan adanya campur tangan BN dan Najib sendiri.

"Barisan Nasional dan PM sendiri terbabit dalam memberi tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pemilihan parti yang diadakan pada 2013 yang telah disahkan dan untuk parti kita menyebelahi pengkritik kita," katanya semasa berucap kepada 5,000 perwakilan termasuk 2,760 pengerusi cawangan.

Pada 5 Dis tahun lepas, RoS membatalkan pemilihan MIC yang diadakan pada November 2013 susulan menerima aduan berlaku penyelewengan dan penipuan, dan mengarahkan diadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pada 5 Dis tahun ini, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai, dan parti itu juga perlu membersihkan senarai pengundi dan cawangan yang ditubuhkan pada 2012.

Dalam usaha untuk mengetepikan keputusan RoS itu, Palanivel bersama-sama  Datuk S. Sothinathan dan Tan Sri S. Balakrishnan, bekas setiausaha agung A. Prakash Rao dan pengarah strateginya A.K. Ramalingam memfailkan permohonan di mahkamah bagi tujuan itu.

Bagaimanapun, pada 15 Jun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman itu dan memutuskan MIC perlu mematuhi keputusan RoS.

Tags / Kata Kunci: MIC , Barisan Nasional

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan