MPSP Tidak Cekap Uruskan Sampah

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 3:58 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) didakwa tidak cekap menguruskan kerja-kerja pembersihan sampah secara sistematik di beberapa kawasan dalam Parlimen Bagan dan Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Bagan Ooi Ghee Loon berkata MPSP juga meletakkan  tong sampah di kawasan yang tidak sesuai sekali gus menimbulkan beberapa masalah antaranya sistem perparitan tersumbat dan kesihatan penduduk terjejas sejak Mei lepas.

Katanya antara kawasan yang dikesan mengalami masalah pengurusan sampah ialah Raja Uda, Kampung Benggali, Taman Tenggiri, Taman Janggus dan Bunga Tanjung.

"Penduduk di dua Parlimen berkenaan membuat aduan kepada MCA yang mereka tidak berpuas hati dengan kerja sambil lewa MPSP dan kami membuat tinjaun lokasi yang dimaklumkan serta mendapati tong sampah diletakkan di tempat yang tidak sesuai malah mengganggu jalan hingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

"Berikutan itu, penduduk terpaksa melonggokkan sampah dekat kawasan perumahan mereka sementara menunggu pekerja MPSP datang dan mengutip sampah-sampah berkenaan," katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Permatang Pauh, di sini, Ahad.

Ooi berkata longgokan sampah yang diletakkan penduduk itu menyebabkan berlaku masalah lain seperti kehadiran lalat, nyamuk dan peningkatan kes demam denggi serta penyakit kulit.

"Kami dimaklumkan MPSP tahun ini memperuntukkan sebanyak RM98.68 juta bajet dalam pengurusan kebersihan dengan menambah bilangan kerja pembersihan daripada 350 kepada 2,469 orang.

"Tetapi berdasarkan pemantauan kami, aspek kebersihan masih lagi di tahap yang mengecewakan walaupun jumlah pekerja telah bertambah sehingga tujuh kali ganda," katanya.

Katanya pihaknya berharap MPSP dapat mengambil tindakan segera dan  menyelesaikan masalah yang timbul demi kepentingan penduduk.

Tags / Kata Kunci: MPSP , Sampah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan