MIC Akan Buat Pemilihan Baharu - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MIC akan mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan baru, kata Datuk Seri G. Palanivel.

Presiden MIC berkata demikian bagi mengulas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar beliau akur dengan keputusan mahkamah dan RoS.


"Ketika saya bercakap dengan beliau pada Jumaat lalu, beliau meminta agar membuat pemilihan baru ... saya akan lakukannya," Palanivel kepada The Star Online.

Sebelum itu pada Ahad, Najib telah meminta Palanivel untuk "menjelaskan" komen yang dibuat pada perhimpunan MIC khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

"Saya akan memanggil @GPalanivel untuk menjelaskan komen beliau di PWTC," ujar Najib di laman Twitter miliknya.

"Dia perlu berhenti menyalahkan orang lain dan mesti mematuhi keputusan mahkamah dan ROS," tambahnya.

Palanivel berucap dihadapan beribu-ribu penyokong pada Sabtu menyatakan bahawa Najib dan Barisan Nasional "terlibat dalam memberi tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pilihan raya 2013".

Apabila ditanya mengenai Najib mahu beliau menjelaskan ucapannya di PWTC pada Sabtu, Palanivel enggan memberi sebarang komen.

Mahkamah Tinggi pada 16 Jun menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Palanivel dan lain-lain yang berkaitan dengan arahan ROS untuk parti mengadakan pemilihan baru.

Ia mengekalkan keputusan ROS untuk parti mengadakan pilihan raya semula di semua peringkat (cawangan dan bahagian) termasuk jawatan presiden.

MIC berada dalam keadaan kucar-kacir apabila dua pihak mengaku bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap parti.
Tags / Kata Kunci: MIC , Palanivel , PM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan