Krisis MIC: Palanivel Tidak Patut Salahkan Orang Lain - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 6:53 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Palanivel tidak sepatutnya cuba mengalihkan perhatian terhadap masalah dalam MIC dengan menyalahkan orang lain, dan jangan babitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata Palanivel patut mengambil tanggungjawab terhadap kemelut kepimpinan MIC.

"Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tengku Adnan menasihatkan Palanivel supaya mengadakan pemilihan semula berdasarkan CWC 2009 dan senarai perwakilan 2012. 

"Anggota MIC mengadu kepada RoS dan ia menasihatkan Palanivel mengadakan pemilihan semula berdasarkan CWC 2009 dan senarai perwakilan 2012. Mahkamah bersetuju, dan itu yang Palanivel mesti lakukan," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meminta Palanivel untuk " menjelaskan " komen beliau pada perhimpunan MIC khas di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) pada Sabtu .

"Saya akan memanggil G Palanivel untuk menjelaskan komen beliau di PWTC ," tulisnya di laman sosial Twitter pada Ahad.


"Dia perlu berhenti menyalahkan orang lain dan mesti mematuhi keputusan mahkamah dan ROS ," tambah Perdana Menteri.

Mahkamah Tinggi pada 16 Jun menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Palanivel dan lain-lain yang berkaitan dengan arahan ROS untuk parti mengadakan pemilihan baru .

Ia mengekalkan keputusan ROS untuk parti mengadakan pilihan raya semula di semua peringkat ( cawangan dan bahagian ) termasuk jawatan presiden .

MIC berada dalam krisis selepas dua pihak saingan menuntut untuk bertanggungjawab parti.
-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan , MIC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan