Jadikan Bapa Anda Rasa Istimewa

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesuatu yang istimewa berlaku dalam keluarga Tong apabila anak-anaknya mahu bapa mereka 'mencuci muka'.

Sempena sambutan Hari Bapa, eksekutif bank, Josephine Tong, 25, memutuskan untuk memberikan ayahnya rawatan muka peribadi sebagai hadiah.

"Bapa saya bekerja di kilang papan. Wajahnya sentiasa diliputi debu ketika beliau pulang dari kerja.

"Apa yang lebih baik untuk diberikan kepadanya?" Kata Tong mengenai bapanya yang kini berusia 54 tahun.

"Kebanyakan orang akan membeli hadiah. Tetapi kami memilih untuk memberinya sesuatu yang bersifat peribadi," katanya lagi.

Selepas membawa ahli keluarganya keluar untuk menikmati makan malam sempena Hari Bapa hujung minggu lalu, Tong dan dua adik-beradiknya membersihkan wajah dan membantu bapa mereka memakai topeng muka.

Selain itu sempena sambutan Hari Bapa juga, terdapat pelbagai jenis permintaan untuk memastikan ia diraikan dengan penuh istimewa.

Bagi pereka dalaman, Eugene Yong, 41, beliau membuat peraturan 'tanpa telefon bimbit' semasa jamuan makan malam sempena Hari Bapa.

Yong, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 12 tahun berkata beliau percaya Hari Bapa perlu berkisar mengenai 'kebersamaan'.

"Saya lebih suka hidangan yang mudah dan tanpa gangguan daripada telefon bimbit di meja makan," katanya.

Yong berkata beliau mahu masa untuk keluarga dipenuhi dengan pengisian yang sempurna dan tenang.

"Susana makan malam yang aman dan sempurna mengingatkan kita untuk bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam penyediaannya," kata Yong.

Tags / Kata Kunci: Hari Bapa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan