Hukuman Terhadap Cubaan Bunuh Diri Halang Pelaku Terima Rawatan Pemulihan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 8:15 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada 5 Mei tahun lalu, seorang pelajar undang-undang cuba membunuh diri dengan melompat dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Pulau Pinang, iaitu empat hari selepas ia dibuka kepada orang ramai.

Belia lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh seorang nalayan.

Bagaimanapun kelegaan keluarga pelaku yang cuba membunuh diri itu tidak kekal lama.

Polis memulakan siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri dan dia menghadapi kemungkinan menghabiskan masa selama setahun di penjara, membayar denda atau kedua-duanya.

Dia bukan satu-satunya pelaku yang cuba membunuh diri berhadapan situasi berkenaan kerana beberapa individu lain yang membuat cubaan yang sama juga disiasat.

Kewujudan Seksyen 309 yang diperkenalkan sejak zaman kolonial dibahaskan berkali-kali.

Ada yang mengatakan ia boleh membantu menghalang percubaan bunuh diri, tetapi kebanyakannya termasuk pakar-pakar perubatan percaya kewujudan undang-undang itu hanya menghukum mereka yang memerlukan rawatan.

Profesor Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr T. Maniam berkata individu yang mahu membunuh diri akan berasa takut jika cubaan mereka melakukan perbutan itu gagal.

"Saya mempunyai seorang pesakit yang memberitahu begini: "Jika saya cuba membunuh diri, saya akan memilih kaedah yang menjamin kematian, kerana jika saya hidup, saya akan dipenjara".

"Kebimbangan ini boleh memaksa mereka untuk memilih kaedah yang sangat berbahaya untuk meragut nyawa mereka," kata Dr Maniam.

Dr Maniam berkata mereka yang mahu mendapatkan bantuan mungkin akhirnya dihalang oleh undang-undang.

"Kita tahu bahawa orang-orang yang telah cuba membunuh diri, mungkin akan melakukannya lagi hingga berjaya.

"Kami mahu orang-orang ini mendapatkan bantuan profesional, tetapi undang-undang akhirnya menghalang," katanya.

Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kadar bunuh diri di Malaysia adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang setahun.

Namun kumpulan pakar percaya angka sebenar adalah jauh lebih tinggi iaitu antara 10 dan 13 bagi setiap 100,000 orang.

Profesor Bersekutu University Graduate School of Medicine, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara, yang masih menkategorikan perbuatan bunuh diri sebagai jenayah.

"Untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap orang yang cuba membunuh diri adalah perbuatan menafikan hak mereka menerima rawatan yang sesuai.

"Percubaan membunuh diri adalah signal oleh pelaku untuk meminta pertolongan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan