DAP Sifatkan Pergerakan Baru Lebih Baik - Berita Semasa | mStar

DAP Sifatkan Pergerakan Baru Lebih Baik

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: DAP menyifatkan penjajaran politik merupakan  perkara paling mustahak ketika ini untuk terus memperjuangkan rangka kerja dan dasar bersama pembangkang tanpa Pakatan Rakyat dengan penubuhan pergerakan baharu.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata rangka kerja dan dasar itu diyakini masih boleh diteruskan selagi mempunyai objektif yang sama.

"Ini adalah satu cabaran dan saya yakin kita boleh buat begitu melalui pergerakan baharu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai dan Berbuka Puasa di Taman Indah Jaya di sini, Sabtu malam.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Lim, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata PAS masih mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan DAP dalam pergerakan baharu itu sekiranya bersedia berpegang kepada rangka kerja dan dasar sama yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Jika tidak dan tadbir urus baik tidak menjadi agenda utama (pergerakan baharu), kita akan menghadapi masalah. Mulai sekarang, kita mahu mengisytiharkan agenda utama kita ialah kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan