Mahfuz, Salahudin Dilantik AJK PAS

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2015-2107.

Dua daripadanya ialah calon jawatan naib presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub manakala seorang lagi ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat.

Menerusi sidang media di Pejabat Agong PAS di sini, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Mustafa Ali ke jawatan Pengarah Pilihan Raya.

Mustafa sebelum ini adalah setiausaha agung PAS.

Turut diumumkan pelantikan Nasrudin Hassan Tantawi yang juga AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan PAS yang baharu.

Ditanya sama ada ketiga-tiga calon yang tewas itu menerima pelantikan berkenaan, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas negatif berhubung perkara tersebut.

"Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan.

"Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Tags / Kata Kunci: PAS , AJK

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan