MT Orkim Harmony: Keluarga Lega Mavit Tidak Cedera Serius

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 6:15 PM

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyenaraikan 22 kru dalam kapal tangki MT Orkim Harmony telah diselamatkan ketika sidang media di Ibu Pejabat APMM, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keluarga Mawit Matin, 46, tukang masak kapal tangki MT Orkim Harmony yang ditembak lanun merasa lega beliau tidak mengalami kecederaan serius. 

"Kecederaan dia tidak serius dan kalau boleh saya ingin bawa dia balik ke Indonesia terus, tetapi saya tidak tahu bila dia dapat keluar dari hospital," kata abangnya Marzuki Mohd Rito, 51, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Warga Indonesia ini cedera di paha kiri akibat ditembak lanun ketika beliau dikatakan cuba melawan seorang daripada perampas kapal.

Beliau yang dirawat di HUSM dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Marzuki berkata Mawit juga sempat menghubungi isteri serta anaknya d iIndonesia pada Sabtu dan mereka berbual kira-kira setengah jam.

"Dia ada empat orang anak dan dua daripadanya masih lagi bersekolah. Mereka mungkin tidak dapat datang ke sini (Malaysia) kerana masalah tertentu,"katanya. 

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal milik Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Operasi menyelamat kapal berkenaan yang dirampas lapan orang lanun yang bersenjatakan pistol dan parang berakhir semalam dengan kesemua anak kapal dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.

Kapal itu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan kira-kira pukul 7.50 pagi Sabtu.

Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony , Mawit Matin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan