MH370: Fasa Pertama Pencarian Selesai Akhir Jun - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 8:39 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Fasa pertama pencarian pesawat MH370 meliputi keluasan 60,000 kilometer persegi akan selesai menjelang akhir bulan ini dan Malaysia komited untuk meneruskan fasa kedua pencarian bulan depan.  

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, pencarian meliputi kira-kira 52,000 km persegi dan tugas pencarian meliputi kawasan terpencil di Lautan Hindi dijangka selesai tidak lama lagi.

"Jika kami masih tidak menjumpai bangkai pesawat, Malaysia komited untuk meneruskan fasa kedua bulan depan membabitkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan bersama oleh Malaysia, China dan Australia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek bangunan baharu SJK (C) Hu Yew Seah PADA Sabtu.

Beliau berkata fasa kedua pencarian melibatkan kawasan tambahan seluas 60,000 kilometer persegi. Liow juga berkata kawasan pencarian fasa pertama sekarang adalah seluas 60,000 kilometer persegi dan tiga buah kapal, Fugro Equator, Fugro Discovery dan Go Phoenix terlibat dalam operasi di laut dalam.

"Kontrak dengan Go Phoenix akan berakhir dengan memenuhi obligasi kontraktual bagi fasa pertama usaha mencari manakala dua buah lagi kapal akan meneruskan misi," katanya. 

Pesawat MH370 Malaysia Airlines membawa 239 penumpang dan anak kapal apabila ia hilang daripada skrin radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac, tahun lepas.

Sementara itu, Liow berkata kerajaan akan meningkatkan keselamatan maritim di Laut China Selatan untuk menjamin keselamatan semua kapal.

Beliau berkata susulan insiden rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony, kementerian sedang merangka beberapa langkah untuk mengetatkan keselamatan.

"Kami telah berjaya mengurangkan aktiviti lanun hampir kepada sifar di Selat Melaka dan kami berharap dapat melakukan yang sama di Laut China Selatan," kata beliau.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam, 11 Jun ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Tags / Kata Kunci: MH 370 , Datuk Seri Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan