'Cahaya' Untuk Kehidupan Lebih Bermakna

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 9:10 AM

Bakat semulajadi: Alethea berdikari dengan bermain piano di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk, Melaka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: J.Y. Loh tidak dapat menahan kegembiraan bergelar seorang bapa pada tahun 1991 apabila anak perempuannya Alethea dilahirkan di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, dalam masa 48 jam, kegembiraan guru sekolah itu bertukar kepada sesuatu yang mengejutkan apabila dia menyedari anak perempuannya itu buta.

Alethea tidak mempunyai kornea.

"Pada hari kedua selepas kelahirannya, saya mendapati matanya sering tertutup. Saya menolak kelopak matanya dan melihat matanya putih.

"Malah doktor juga terkejut, kerana mata anak perempuan saya adalah pepejal bola mata putih tanpa kornea, dan ini adalah satu kes yang sangat jarang berlaku pada masa itu," katanya.

Mereka sangat kecewa tetapi Loh dan keluarganya sentiasa menyimpan harapan agar Alethea satu hari nanti dapat melihat cahaya dan warna seperti kanak-kanak lain.

Dengan harapan yang ada, ia membolehkan Alethea menjalani pemindahan kornea pertama ketika dia berusia hampir setahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini. Penderma pertamanya adalah dari Bangladesh.

Pemindahan seperti itu tidak begitu popular di Malaysia dan mereka kemudian bergegas ke Kuala Lumpur "sejurus selepas kami mendapat panggilan daripada doktor, kerana kami tahu bahawa kornea itu akan dapat digunakan," kata Loh.

Kejayaan pemindahan pertama itu membawa kepada pemindahan kedua untuk pada tahun 1994 di hospital yang sama. Kali ini, pendermanya adalah seorang budak lelaki di Kuala Lumpur yang meninggal dunia dalam kemalangan.

Loh, 41, masih ingat kelegaan yang dirasainya apabila anak perempuannya menunjukkan tanda-tanda dapat melihat cahaya dan warna.

"Warna adalah perkara pertama yang dapat dilihatnya; dia bertanya kepada kami tentang warna yang dilihat dan dia terpaksa membawa sesuatu objek dekat dengan matanya untuk memastikan warnanya.

"Sejak itu, kehidupannya lebih mudah. Kami boleh memasang lampu di bilik air dan dia boleh mencari jalan di sekitar rumah dengan cahaya lampu kerana dia dapat melihat cahaya, " katanya.

Alethea turut dikurniakan dengan bakat luar biasa apabila dia mempunyai sensitiviti pendengaran yang tinggi, bersama-sama dengan cintanya terhadap muzik.

"Dia boleh mendengar irama di televisyen dan memainkan irama yang sama di piano," kata Loh.

Sekarang Alethea telah berusia 24 tahun dan memanfaatkan kemahiran pendengaran dan bakat muziknya dengan bermain piano di pasar malam terkenal di Jonker Street, Melaka.
Tags / Kata Kunci: kornea , pemindahan mata , Alethea

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan