TNB Tetap Syarat Ambil Alih Projek 3B

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengambilalihan oleh utiliti elektrik, Tenaga Nasional Bhd (TNB), ke atas projek loji tenaga arang batu 3B, akan tertakluk kepada terma dan syarat, termasuk paras tarif akhir tidak melebihi 26.67 sen/kWh.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia menerima surat jemputan daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk menyerahkan kerta kerja berkenaan penyertaan TNB melalui pemilikan 70 peratus dalam Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) bagi membangunkan loji tenaga arang batu 2x1000MW di Jimah, Negeri Sembilan.

Dalam perundingan dengan kerajaan, EC menerima penyertaan TNB sebagai pemaju utama bagi pembangunan loji tenaga arang batu 2x1000MW di Jimah dalam sebuah konsortium dengan Mitsui Co Ltd (Mitsui).

Jemputan oleh EC, bagaimanapun, tertakluk kepada penerimaan TNB terhadap terma dan syarat Permintaan Cadangan.

TNB memberi syarat tambahan iaitu TNB-Mitsui Consortium akan melaksanakan semua obligasi JEP sebagai pemaju dan terutamanya berkenaan pemilihan dan pelantikan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan yang juga merangkumi pembekal peralatan utama.

"Paras tarif akhir tidak boleh melebihi 26.67 sen setiap kWh. Tiada pelarasan lanjut kepada paras tarif akan dibenarkan atas apa-apa sebab sekalipun," menurut TNB.

Menurut syarikat itu juga, tarikh penutupan kewangan tidak boleh melepasi 15 Oktober 2015.

Sebagai syarikat utiliti elektrik negara, penyertaan TNB sebagai pemaju adalah untuk memastikan kebolehpercayaan dan jaminan bekalan kepada negara dan pada masa yang sama memaksimumkan nilai pemegang saham, katanya.

Harga saham TNB di Bursa Malaysia meningkat 14 sen pada akhir urus niaga pagi kepada RM12.75.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: TNB , tarif , JEP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan