45 Keluarga Mangsa Banjir Sambut Ramadan Dalam Khemah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 7:00 AM

Sebanyak 45 keluarga terpaksa menyambut Ramadan dalam khemah serba kekurangan di penempatan sementara mangsa banjir Bandar Utama. Mereka masih tinggal di sini berikutan rumah kekal yang dibina kerajaan masih belum siap.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Sebanyak 45 keluarga di sini terpaksa menyambut Ramadan dalam khemah serba kekurangan di penempatan sementara mangsa banjir Bandar Utama di sini berikutan rumah kekal mereka yang dibina kerajaan masih belum siap.

Namun mereka tidaklah kekok untuk menjalani ibadat puasa di khemah berkenaan kerana telah enam bulan menetap di situ selepas kediaman mereka musnah akibat banjir Disember tahun lepas.

Mereka adalah baki daripada 108 keluarga mangsa banjir sekitar Gua Musang yang masih tinggal dalam khemah berikutan tidak mampu untuk menyewa rumah dan belum ditawarkan untuk berpindah ke kediaman transit di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKM) di sini.

Tinjauan mendapati tiada sebarang khemah besar disediakan untuk 225 orang penduduk itu menunaikan solat secara berjemaah termasuk solat sunat tarawih bagaimanapun terdapat sebuah masjid di Kampung Rahmat, kira-kira 300 meter dari penempatan sementara itu.

Khemah penempatan sementara mangsa banjir di Bandar Utama tidak terurus dan terbiar kotor sejak lima bulan lepas.

Bercakap kepada Bernama, seorang mangsa banjir, Nik Mah Nik Kob, 59, berkata walaupun ada sedikit tekanan terutama bagi persiapan juadah bersahur dan berbuka berikutan ruangan memasak yang sempit, namun ia tidaklah menjadi masalah besar.

Katanya semua mangsa banjir yang masih tinggal di khemah mengambil inisiatif sendiri membina dapur masing-masing untuk memasak kerana tidak ada lagi makanan yang disediakan pihak tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata mereka menggunakan barangan dapur dan wang yang masih ada dalam simpanan hasil sumbangan pelbagai pihak bagi perbelanjaan menyambut Ramadan.

"Kami juga terpaksa jimat berbelanja kerana bimbang wang yang ada dalam simpanan cepat habis dan membebankan pula untuk menunggu sampai Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya.

Hasmah Ismail, 35, berkata bersahur dalam khemah adalah pengalaman pertama selepas kejadian banjir akhir tahun lalu kerana tidak mempunyai tempat lain yang lebih selesa.

Apapun kita sebagai mangsa banjir terpaksa hadapi masalah seperti itu, tetapi ia tidaklah menjadi kekok untuk bersahur kerana sudah biasa dengan keadaan macam itu (tinggal dalam khemah) dengan memasak makanan sekadar yang mampu, katanya.

Kamarudin Mamat, 40, pula berkata walaupun sesetengah mereka menganggap tinggal terlalu lama di khemah (lebih enam bulan) sebagai pelarian, tetapi mereka yakin akan dapat mendiami rumah kekal yang sedang dibina oleh kerajaan yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

Rosnani Yusoff, 39, pula berkata beliau bersama keluarga tidak menganggap tinggal di khemah itu menyusahkan untuk persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya nanti.

Katanya, persiapan menyediakan juadah untuk bersahur awal pagi tadi seperti juga yang sediakan ketika berada di rumah sebelum kejadian banjir lalu.

"Juadah yang disediakan tetap secara ala kadar sahaja kerana tidak mampu menyediakan makanan lebih sedap dan dapur sementara yang dibina juga kurang memberi keselesaan," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusof ketika melawat kawasan penempatan sementara itu hari ini, berkata memang mangsa banjir yang tinggal di khemah itu sudah melebihi tempoh dijanjikan.

"Apa pun kita akan berusaha untuk mempercepatkan pembinaan rumah kekal untuk semua mangsa banjir dan sekarang peringkat penyediaan tapak, mungkin mereka dapat tinggal di rumah baharu selepas Aidilfitri ini.

"Sebelum rumah itu siap, kita juga mengharapkan semua mereka dapat berpindah ke kem PLKN untuk keselesaan menyambut Ramadan dan Adilfitri," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ramadan , banjir , Gua Musang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan