Kempen Bawa Bekas Ke Bazar Ramadan MPSJ Sasar Bandar Hijau Menjelang 2030

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 6:30 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Exco Selangor, Elizabeth Wong mengagihkan bekas kepada pengunjung bazar Ramadan sekitar Subang Jaya bagi menggalakkan orang ramai membawa bekas sendiri ketika berbelanja sepanjang bulan puasa tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pengguna disaran mengurangkan penggunaan plastik dan polisterina bagi mencapai matlamat utama Pelan Bandar Hijau Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjelang 2030.

Naib Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bagi mencapai matlamat bumi hijau, MPSJ mengambil inisiatif mengurangkan penggunaan dua bahan itu dalam urusan jual beli di bazar Ramadan.

"Ini merupakan kali pertama kempen sebegini diadakan di Subang Jaya selepas mendapat tindak balas yang menggalakkan pada tahun sebelum ini di beberapa kawasan lain.

"Malahan, kempen ini juga dapat memberi kesedaran terutamanya kepada peniaga supaya menjalankan aktiviti kitar semula bagi tujuan penjagaan alam sekitar," katanya ketika ditemui di sidang media Kempen Bawa Bekas ke Bazar Ramadan MPSJ, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Nor Hisham turut memberitahu bahawa MPSJ telah melaksanakan Program Kutipan Minyak Terpakai tahun ini dalam usaha untuk menjaga alam sekitar. 

"MPSJ dengan kerjasama Syarikat Fathopes Energy Sdn Bhd akan menempatkan tong minyak masak terpakai sebagai kemudahan kepada peniaga bazar Ramadan untuk mengumpulkan minyak terpakai supaya ia apat dikitar semula," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan