Orkim Harmony: PM Lega, Ucap Terima Kasih

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam memastikan kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas, dibebaskan dengan selamat.

"Alhamdulillah, saya lega dan bersyukur bahawa kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah selamat dibebaskan pagi ini.

"Terima kasih kepada semua yang telah berusaha keras untuk memastikan mereka selamat dibebaskan," katanya dalam catatan terbaru dalam Facebook beliau, Jumaat.

Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal iaitu 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Kesemua anak kapal dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.-- Bernama 





Tags / Kata Kunci: Orkim Harmony , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan