Ketepikan Perbalahan, Permusuhan Di Bulan Ramadan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 9:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Perdana Menteri, dalam catatan terbaru di blog beliau www.najibrazak.com pada Jumaat berkata, sebarang perbalahan yang berlaku itu tidak  mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga.

"Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT," kata Najib.

Beliau berkata, puasa adalah pendidik untuk umat Islam menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung.

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadan, semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda dan Allah SWT berfirman: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku".

"Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT," kata Najib.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan