Mara Perkenal Tiga Skim Pembiayaan Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 4:27 PM

Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan tiga dasar pembiayaan pelajaran baharu kepada pelajar tempatan Bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif itu ialah Skim Program Lepasan Ijazah dan Profesional (Skim Tiga) yang merupakan hasil kerjasama dengan dua institusi kewangan bagi menambah dana bantuan yang diberikan.

Manakala, dua program lain iaitu Skim Pelajar Cemerlang (Skim Satu) dan Program Sarjana Muda Tempatan (Skim Dua) adalah lanjutan daripada program sedia ada, namun diberi penambahbaikan bagi memenuhi kehendak dan keperluan tenaga profesional semasa.

"Mara sudah pun mendapat persetujuan untuk bekerjasama daripada dua institusi iaitu Bank Rakyat dan Maybank bagi melaksanakan Skim 3 dan pelajar boleh mula memohon bermula 1 Julai depan.

"Pembabitan institusi perbankan itu akan menambah dana pembiayaan Mara hingga RM500 juta dan secara tidak langsung mampu menampung permohonan baharu serta menyelesaikan masalah pelajar sbeelum ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mara Perkenal Dasar Pembiayaan Pelajaran Baharu, di Ibu Pejabat Mara, di sini, pada Jumaat.

Pemohon yang berminat perlu membuat permohonan melalui Mara secara dalam talian (online) dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web Mara.

Sementara itu, Annuar berkata, setiap tahun Mara membelanjakan kira-kira RM2 bilion bagi menanggung pembiayaan pelajar Bumiputera di dalam dan luar negara.

Katanya, sepanjang pelaksanaan program itu, lebih 500,000 pelajar telah mendapat faedah daripada penajaan iaitu kira-kira 11,000 pelajar setiap tahun.

"Hasil daripada apa yang telah Mara jalankan selama ini, kami dapat membantu kerajaan mencapai matlamat terutama dalam mengimbangi kehadiran tenaga profesional graduan dalam bidang-bidang strategik terutama bidang tang kami dapati kaum Bumiputera begitu kurang sekali," katanya.

Tags / Kata Kunci: MARA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan