Kru Orkim Harmony Akan Dipanggil Bantu Siasatan - Pemangku PAT

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 3:32 PM

Panglima Tentera Darat merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) menyampaikan replika cek Pengagihan Sumbangan Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Masjid dan Surau ATM 2015 kepada Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Jumaat. Turut hadir Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kru kapal tangki Orkim Harmony yang dirompak dan ditemui semula dalam keadaan selamat pada awal pagi Jumaat akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Pemangku Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, keterangan anak-anak kapal yang terselamat akan diambil untuk membantu pihak berkuasa.

Katanya, kerjasama 22 kru kapal itu perlu untuk melengkapkan  siasatan dan menentukan motif rompakan, seterusnya menahan dalang kes tersebut.

Malahan, katanya, pihak berkuasa tidak akan membuat andaian selagi siasatan belum selesai.

"Akan ada siasatan membabitkan anak-anak kapal dan satu siasatan akan dibuat untuk mengetengahkan motif sebenar rompakan.

"Setakat ini jangan buat andaian sehingga pihak berkuasa membuat  konklusif siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Ihya' Ramadan dan mengagihkan sumbangan zakat ATM kepada masjid dan surau-surau ATM tahun 2015 di Masjid Khalid al-Walid di sini, Jumaat.

Mengenai lanun yang berjaya melepaskan diri, beliau yang juga Panglima Tentera Darat percaya mereka akan dapat ditangkap.

"Saya rasa perompak-perompak yang membuat angkara itu lambat-laun akan ditangkap juga.

"Yang penting sekarang semua kru selamat dan dapat bertemu keluarga masing-masing," katanya.

Mengenai operasi memburu, beliau berkata, ia melibatkan kerjasama antarabangsa dan bantuan beberapa agensi penguatkuasa.

Katanya, setakat ini, operasi bersama telah membuahkan hasil yang baik tanpa ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

"Ia adalah rangkaian pertolongan kerana melibatkan perairan antarabangsa.

"Perompak mungkin ke Natuna di Kepulauan Indonesia atau mungkin ke Vietnam, yang jelas ia melibatkan pertolongan negara lain dan di sini Wisma Putra memainkan peranan," katanya.




iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan