Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 10:31 PM

Seorang pengunjung melakarkan ucapan takziah di atas kain rentang yang memaparkan wajah dan nama malim-malim gunung yang terkorban semasa tragedi gempa bumi, di Taman Kinabalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada pukul 8.45 malam Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa yang terletak 41km timur laut Ranau turut menyebabkan gegaran dirasai di daerah Ranau dan Beluran.

Pada 5 Jun lepas, gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Gunung Kinabalu, mengakibatkan 18 orang terbunuh dan memusnahkan harta benda.

Tags / Kata Kunci: ranau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan