Terpulang Kepada Anak Teruskan Kerjaya Sebagai Pelaut - Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 8:53 PM

Tan Tiong Chan, 55, (kanan) bapa kepada kru enjin kapal tangki MT Orkim Harmony Tan Chee Hau,23, gembira menerima berita anaknya berjaya diselamatkan menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pengkalan Balak pada Jumaat. Turut hadir bapa saudara Chee Hau, Siow Ng Shang (kiri). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bapa kepada dua anak kapal MT Orkim Harmony iaitu Amirul Azim Zabarudin, 21, dan Tan Chee Hau, 23, menyerahkan kepada anak mereka untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelaut.

Menurut Zabarudin Zakaria, 49, dan Tan Tiong Chan, 55, sebagai bapa mereka menyokong penuh minat anak mereka dan sentiasa mendoakan anak mereka dalam keadaan selamat.

Zabarudin berkata, beliau sentiasa menyokong laluan kerjaya yang dipilih anaknya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Amirul Azim.

"Itu serah kepada dia (Amirul Azim) kerjaya dia kekuatan dia (untuk) mengharungi dan menanggung risiko bagi meneruskan kerjayanya, saya sentiasa berdoa yang terbaik untuk dia," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat anaknya dan anak kapal lain serta turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan doa yang berterusan.

Zabarudin berkata, setakat ini keluarganya masih berada di sini dan belum menerima apa-apa maklumat untuk mengatur pertemuan dengan anaknya itu.

Semua 22 kru kapal tangki itu berjaya dibebaskan kira-kira 2.30 pagi Jumaat menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan dan kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan kira-kira 2 pagi Sabtu.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Tiong Chan pula tidak akan menghalang Chee Hau untuk terus bekerja sebagai kru enjin kapal sekiranya dia masih berminat dengan kerjaya itu.

"Seingat saya ini pekerjaan kedua dia. Dulu dia bekerja di kedai tayar di sini. Terpulang kepadanya untuk berhenti kerja atau tidak, saya tidak boleh menghalangnya," katanya.

Tiong Chan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak terlibat sehingga berjaya menyelamatkan anaknya.

"Setiap hari saya berdoa agar Chee Hau selamat dan lebih lima kali sehari saya menghubungi pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengetahui perkembangan terkini anak saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah berusaha dengan baik sehingga anak saya dapat ditemui dengan selamat," katanya.

Beliau berharap dapat berjumpa dengan Chee Hau sebaik tiba di Melaka dan akan melakukan upacara sembahyang kerana anaknya itu selamat daripada sebarang kecederaan.

Samsiah Baba, 60, ibu kepada Nor Fazly Sahat, 39, kapten kapal itu, ketika dihubungi berasa lega apabila mendapat berita kapal berkenaan ditemukan dan semua anak kapalnya selamat, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan