Kerajaan Sabah Timbang Minta Bantuan Tentera Keluarkan Balak

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 9:43 AM

Joseph Pairin Kitingan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menimbang untuk mendapatkan bantuan pihak tentera bagi mengeluarkan balak yang menyekat aliran Sungai Liwagu berikutan banjir lumpur di Ranau.

Menterinya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata timbunan balak yang besar itu mungkin terlalu berisiko bagi kontraktor yang dilantik untuk melakukannya.

"Idea untuk meminta pihak tentera terlibat dalam kerja pembersihan itu adalah wajar dan perlu dipertimbangkan bagi mengeluarkan balak-balak itu.

"Jika kontraktor juga takut, maka kita perlukan keberanian pihak tentera. Ini adalah keadaan yang kritikal kerana timbunan balak itu nampaknya telah membentuk sebuah empangan yang boleh pecah dan melimpahkan air dalam kuantiti yang banyak bila-bila masa apabila hujan lebat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Rabu.

Pairin berkata balak lama itu telah hanyut ke dalam Sungai Liwagu, dan menutupi setengah kilometer daripada sungai berkenaan.

Beliau berkata keadaan ini berbahaya kepada lebih 3,000 penduduk lima kampung yang terletak di hilir sungai itu.

"Kami telah ada sebuah syarikat kontraktor yang telah bergerak ke sungai itu tetapi terdapat kebimbangan mengenai keselamatan pekerja apabila mereka membersihkan sungai, katanya sambil menambah kerja pembersihan boleh memakan masa berbulan-bulan.

Mengenai kerosakan prasarana berikutan banjir lumpur itu, Pairin berkata antara langkah yang diambil ialah membuka jalan alternatif ke Pusat Latihan Dakwah Kundasang yang tidak dapat dilalui kerana jalan besar di situ rosak akibat banjir lumpur itu.

Pairin berkata hanya dua jambatan di Kampung Mesilau, Ranau yang rosak, tetapi hanya sebuah jambatan akan dibaiki dahulu dan mungkin mengambil masa empat bulan.

Tags / Kata Kunci: Sungai Liwagu , Ranau , tentera

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan