PLUS Tawar Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya itu yang membayar secara elektronik pada hari tertentu bermula 13 Julai ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai.

"Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata, rebat tol sebanyak 50 peratus itu akan diberikan pada hari 13 dan 23 Julai sahaja, manakala pada 14 dan 22 Julai, orang ramai akan menerima rebat tol sebanyak 40 peratus.

Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula akan diberikan kepada orang ramai pada 15 dan 21 Julai.

"Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya," katanya.

Tambah beliau, PLUS juga akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PLUS , tol , Aidilfitri

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan