Penjual Air Kelapa Tersenyum Lebar Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Bagaikan tidak lengkap jika kehadiran Ramadan tidak meriahkan dengan suasana hiruk pikuk bazar dengan ratusan peniaga mempertaruhkan nasib untuk menambah rezeki menjelang Aidilfitri.

Tidak kira usia atau latar belakang, umat Islam berkunjung ke bazar Ramadan dan sebabnya tidak lain kerana ia menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa termasuk ratusan jenis kuih-muih serta makanan tradisional termasuk beraneka jenis lauk-pauk.

Pastinya, tidak ketinggalan pelbagai air minuman turut menjadi perhatian dan tarikan orang ramai termasuk air kelapa. Paling sesuai untuk menyegarkan badan ketika cuaca panas.

Penjual air kelapa, Bakri Samad, 38, berkata, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan kerana bukan sahaja dapat meraih pendapatan lebih, malah turut dapat menunaikan ibadah.

"Saya memang nantikan ketibaan Ramadan kerana mampu meraih pendapatan penjualan air kelapa sehingga dua kali ganda berbanding hari biasa," katanya ketika ditemui di gerai kelapa di sini, pada Selasa.

Lelaki yang bermasalah pendengaran ini bergantung sepenuhnya kepada penjualan kelapa kerana tidak mampu melakukan pekerjaan lain.

"Disebabkan saya kurang pendengaran, jadi sukar untuk saya melakukan pekerjaan lain, dan Alhamdulillah dengan perniagaan air kelapa ini, sedikit sebanyak dapat membantu menyara kehidupan.

"Sepanjang lima tahun berniaga di sini, permintaannya sentiasa meningkat, berbanding ketika bernila di Jalan Klang Lama," katanya.

Tambah Bakri lagi, stok kelapa dari pembekal di Bangi dan Kajang untuk Ramadan biasanya ditempah dengan kuantiti yang lebih tinggi iaitu RM190 untuk 100 kelapa muda, manakala RM110 untuk 100 kelapa tua.

"Setiap kali Ramadan, saya akan membuat tempahan dua kali ganda kepada pembekal kerana akan menjalankan perniagaan air kelapa di bazar sekitar Puchong," katanya yang lega kerana pembekal masih mengekalkan harga kelapa.

Seorang lagi peniaga air kelapa di sekitar Puchong, yang juga merupakan seorang isteri kepada buruh binaan, Salmiah Talib berkata, perniagaan itu hanya sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga.

"Syukur perniagaan saya maju dan mendapat komen positif daripada penduduk setempat.

"Ini tahun ketiga saya berniaga pada bulan puasa, tetapi bukan di bazar Ramadan," jelasnya yang mendapat bekalan kelapa dari Kajang.

Tambahan lagi, kata Salmiah, air kelapa yang dijualnya lebih murah iaitu satu cawan besar hanya RM2, manakala RM1 untuk cawan kecil. 


Tags / Kata Kunci: Ramadan , kelapa , Puchong

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan