Program Bijak Math Sasar Bantu Anak Yatim Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Program Bijak Math akan menjayakan kempen menderma bagi mengumpul dana untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di kalangan anak-anak yatim.

'Tiga puluh hari kempen derma' akan dilaksanakan bagi mengumpul dana untuk menjayakan Program Ilmu Amal D'Ramadan yang berorientasikan khidmat masyarakat dengan membekalkan bahan bantuan pembelajaran kepada anak-anak yatim serta golongan yang kurang berkemampuan.

Wakil kumpulan Program Bijak Math, Farrah Wahida berkata pihaknya telah meuar-uar kempen ini di laman sosial serta permohonan secara terus kepada orang-orang kenamaan untuk mendapat dana bagi menjayakanya.

"Kami telah menyebarkan maklumat mengenai program ini di Facebook, Instagram, dan Twitter untuk mengajak orang ramai menderma bagi menjayakan program bersama anak-anak yatim ini.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM2,500 untuk memberikan minimum lima produk untuk pelajar tingkatan satu hingga lima di 12 rumah anak yatim terlibat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Farrah juga berkata, program ini lebih bermakna kerana ilmu matematik merupakan sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan sentiasa kekal dalam diri anak-anak yatim itu.

"Selalunya orang ramai akan mendermakan wang ringgit, pakaian, atau bekalan makanan tetapi kami ingin mendermakan ilmu dan kami percaya ia boleh dijadikan sebagai satu proses yang berterusan," kata Farrah.

Selain itu, seminar motivasi juga akan diadakan secara percuma di kesemua rumah anak yatim terlibat dengan kerjasama Long Haffiz.

Antara rumah anak yatim yang terlibat adalah Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah dan Rumah Nur Hikmah di Selangor, Rumah Titian Kasih dan Rumah Anak-Anak Yatim Shifa di Kuala Lumpur serta Rumah Anak Yatim Murad Foundation dan Jemaah kebajikan Anak Yatim Ulu Gadong di Negeri Sembilan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada Encik Long Haffiz Long Hassan di nombor akaun 163064222844 (Maybank) atau kepada Farrah Wahida di nombor akaun 860070049 (CIMB Bank).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 019 3710 904 atau 011 27139 277.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Bijak Math , Farrah Wahida , anak yatim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan