PAS Tidak Boleh Bergerak Sendirian Jika Mahu Tumbangkan BN - Mustafa Ali

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 8:30 PM

Mustafa Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berpendapat PAS tidak boleh bergerak sendirian jika tidak bersefahaman dengan rakan pakatan pembangkang lain untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

"Pada saya, bersendirian itu bukan satu pilihan dan strategi yang terbaik dalam konteks politik Malaysia.

"Kalau kata PAS bersendirian misalnya, kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan dari segi kemajmukan sudah wujud. Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di sini, Khamis.

Beliau yang kini dilantik Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata muafakat antara PAS bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.

"Sebab itulah kita kena mencari alternatif terkumpul kerana tidak ada parti boleh memerintah dengan sendirinya (bagi membentuk kerajaan) di Malaysia.

"Umno pun tak boleh nak perintah dengan sendiri, mereka perlu tubuh BN dengan berbelas-belas parti untuk bersama mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang, Mustafa berkata, sama ada PAS, DAP mahupun PKR tidak boleh bergerak sendiri dan harus kekal dalam pakatan itu.

Dalam pada itu, ditanya berhubung ancaman pembentukan sebuah parti baharu bagi meneruskan agenda politik dari kalangan anggota PAS yang kecewa, Mustafa mengakui ia sedikit sebanyak bakal memberi kesan kepada PAS.

"Berdasarkan kepada ucapan dan cakap-cakap yang dimaklumkan, ada kemungkinan (pembentukan sebuah parti baharu). Tapi sejauh mana kemungkinan itu jadi atau sebaliknya, kita kena memantau sejauh mana perkembangannya.

"Kalau betul parti baharu itu akan ditubuhkan, ia sedikit sebanyak memang ada kesan. Kita tidak boleh kata 'tiada kesan langsung'. Cumanya sejauh mana kesan itu, ia perlu ditengok," katanya.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu ditemui media pada majlis 'Jasamu Dikenang' di Bakri, Muar tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas-bekas AJK PAS Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta bekas Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan turut hadir.

Kesemuanya bekas pemimpin PAS yang hadir itu pada majlis itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PAS , Mustafa Ali , Barisan Nasional

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan