Loji Rawatan Air Di Ranau Terjejas Akibat Sungai Tersumbat - Berita Semasa | mStar

Loji Rawatan Air Di Ranau Terjejas Akibat Sungai Tersumbat

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 8:25 AM

Beberapa rumah penduduk kampung Mesilau diancam tanah runtuh yang berlaku awal pagi Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

RANAU: Sungai yang tersumbat akibat pokok tumbang dan bongkah batu susulan gempa bumi pada 5 Jun lalu, menjejaskan loji rawatan air di daerah itu.

Ahli geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Felix Tongkul berkata, sebahagian besar sisa lumpur, batu-batu kecil dan bongkah batu dari Sungai Mesilau mengalir ke Sungai Liwagu.

Beliau berkata, insiden banjir lumpur yang berlaku Isnin lepas menyebabkan banyak pokok tumbang dan bongkah batu yang dibawa arus meliputi empangan.

Dr Tongkul berkata hulu Sungai Mesilau tersumbat sudah dijangka kerana gegaran berukuran 5.9 magnitud itu memberi kesan kepada tanah dan bongkah batu di sepanjang lereng bukit.

Hujan kemudiannya menyebabkan air melimpah ke takungan Sungai Liwagu.

Beliau berkata usaha membersihkan sungai yang tersumbat itu adalah mustahil tetapi memanggil pihak berkuasa untuk memastikan aliran air ke pintu sluis.

"Perkara yang dibimbangkan sekarang adalah jika hujan berterusan, lumpur dan bongkah batu akan menyekat ruang di mana air masih mengalir," katanya.

Dr Tongkul berkata, situasi akan menjadi lebih berbahaya jika sungai tersebut tersumbat sepenuhnya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan