Keluarga Polis Derita Lif Kuaters 15 Tingkat Rosak

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga anggota polis yang tinggal di Kuaters Polis Flat Sri Wilayah di Sentul menggesa pihak bertanggungjawab segera tampil memperbaiki lif yang rosak sejak sekian lama.

Rata-rata penduduk di bangunan 15 tingkat itu sebelum ini terpaksa menggunakan tangga sepenuhnya apabila tiga lif yang ada rosak satu persatu.

Tidak kira ibu mengandung, kanak-kanak kecil atau warga emas, kesemua mereka perlu menggunakan tangga sepenuhnya.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah yang dihadapi mereka pernah dibawa kepada pihak bertanggungjawab sejak lif pertama rosak, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

"Mesyuarat oleh ahli jawatankuasa penduduk juga gagal mendapatkan jalan penyelesaian kerana tidak mempunyai dana secukupnya. Kuaters ini diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Oleh itu, kami meminta jasa baik kerajaan untuk memperbaiki lif tersebut kerana pelbagai cabaran terpaksa dilalui wanita mengandung dan warga emas sebelum ini dan penderitaan mereka bertambah ketika Ramadan untuk naik dan turun rumah masing-masing," katanya kecewa.

Tambahnya, selain lif terdapat peralatan bomba yang telah rosak dan tidak pernah diganti.

Menurutnya, perkara itu amat memalukan kerana sebagai sebuah bangunan kerajaan ia sepatutnya menjadi contoh kepada bangunan lain.



Tags / Kata Kunci: Flat Seri Wilayah , Sentul , PDRM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan