Kapal Tangki Dirampas Lanun 'Ditukar Nama' Kepada Kim Harmon

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas lanun kini 'ditukar nama' sebagai Kim Harmon bagi mengelakkan kapal itu dikesan di perairan kemboja.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memuat naik gambar kapal tangki yang 'ditukar nama' di Twitternya @ChiefofNavy pada petang Khamis.

Beliau berkata: "MT Orkim Harmony: Gambar terbaharu dengan nama baharu 'Kim Harmon'."

Menurut Abdul Aziz, kapal itu dibawah pengawasan dan gambar dirakamkan oleh helikopter milik TLDM, Super Lynx.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya terdapat lapan lanun berada di kapal tangki itu ketika ini.

"MT Orkim Harmony: Sekurang-kurangnya lapan lanun berada di atas kapal. Mereka bersenjatakan pistol dan parang. Mereka bercakap loghat Indonesia," kata Abdul Aziz di akaun Twitternya. 

Terdahulu, Abdul Aziz menerusi kenyataannya di Twitter berkata, semua kru kapal tangki berkenaan berada dalam keadaan selamat dan suspek yang merampas kapal tersebut sedang dipujuk untuk menyerah diri.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis minggu lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.


Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan