Jawab Kritikan Saya Dengan Bukti - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 2:14 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjawab segala kritikan lantangnya terhadap syarikat tersebut berserta bukti kukuh.

Malah pada masa sama, beliau turut mengecam tindakan syarikat tersebut yang terus berselindung menggunakan alasan 'urusan kerahsiaan kerajaan' untuk mengelak mengemukakan bukti mengenainya.

"1MDB hanya boleh kata semuanya (kritikan) saya salah. Tapi tak ada bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasa mengenai 'urusan kerahsiaan kerajaan'," kata  Dr Mahathir menerusi laman blog, chedet.cc pada Khamis.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa tiada pembentangan kertas Kabinet mengenai pinjaman berjumlah RM5 bilion di mana kerajaan Persekutuan terpaksa menjadi penjamin selepas Terengganu menolak permintaan tersebut.

"Keluarkan kertas itu untuk orang ramai lihat. Sudah tentu anda akan kata kertas Kabinet adalah rahsia negara.

"Sekiranya pinjaman bukan di luar bajet, kemudian tunjukkan peruntukan tahunan dalam bajet kerajaan bagi memberikan pinjaman itu. Tidak ada," katanya.

Dr Mahathir turut memberitahu terdapat bukti bertulis mengenai isu bon 30 tahun Golden Sachs.

"Tunjukkan bahawa Golden Sachs atau Ambank tidak mengenakan kadar faedah yang tinggi dan komisen 10% terhadap pinjaman tersebut. Jangan hanya kata ia adalah rahsia," katanya.

Menurut beliau, faedah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut akan berjumlah RM2.4 bilion setahun dalam tempoh 30 tahun.

"Bolehkan 1MDB membayar jumlah tersebut. Meminjam wang untuk membayar faedah tidak akan menggurangkan prinsipal. Ia hanya meningkatkan hutang tersebut," katanya.

Dr Mahathir berkata, syarikat tersebut juga perlu mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai jumlah pinjaman yang sudah dibayar.

"Mereka gagal menjelaskan mengenainya. Mereka hanya kata ia adalah maklumat sulit-rahsia," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan