"Saya Bertuah Negara Ini Ada Undang-Undang Mohon Pengampunan" - Isteri Banduan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 10:12 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Khamis berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara di Penjara Tapah sejak 18 Mac lepas.

(Ubah saiz teks)

TAPAH: "Saya berasa bertuah kerana ada peruntukan undang-undang di negara ini yang membolehkan rakyatnya memohon pengampunan," demikian luahan isteri salah seorang banduan yang dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Ketika ditemui di hadapan Penjara Tapah, Nashita Md Noor, 49, turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin Shah atas pengampunan yang diberikan oleh baginda terhadap suaminya yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas.

Sementara itu, bagi Meor Mohamed Amin Meor Abu Bakar, 69, iaitu bapa kepada salah seorang banduan, turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin Shah kerana berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan berkenaan.

"Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik baginda. Kami rasa bersyukur dengan pembebasan ini, lebih-lebih lagi pada hari pertama bulan Ramadan yang mulia ini.

"Ini saat yang memang kami tunggu-tunggu. Kami dapat bersama sekeluarga," katanya.

Terdahulu, Sultan Nazrin Shah berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas, bersempena hari pertama Ramadan, Khamis.

Kesemua 11 banduan itu menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah atas kesalahan membabitkan diri dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, ketika membantah pelantikan Menteri Besar yang baharu pada 2009.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sultan Nazrin , Penjara Tapah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan